19 Jul 2010

Ikan Fillet Goreng Tepung Bersos Tiram

Masakkan ni simple saja tapi tajuknya jer yg panjang...hehe saja jer resepi masakkan ni saya main mereka sendiri saja...senang dan cepat dimasak...sekali sekala  msk simple2 pun sedap juga. Tambah plak time2 malas2 nak masak lauk simple pun kira oklah kan...dok sini nak pi cari kedai mkn lauk pauk ni mana la nak ada...nak tak nak msk jugala jawabnya simple pun oklah juga.

Bahan-bahan
2 keping fish fillet( Ikan yg dibuang tulang)
sedikit bancuhan tepung jagung untuk mengoreng ikan...bancuhan agak2 jgn terlalu cair.
1 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih- cincang
seinci halia - cincang
1/2 cawan air
serbuk perisa@gula - jika suka
1/2 sudu teh tepung jagung +air sedikit utk pekatkan kuah
2 sudu mkn minyak utk menumis
sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara
1. Bancuhkan tepung jagung dgn sedikit air....dan celupkan ikan yg dipotong kecil kedalam tepung.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ikan hingga masak dan kekuningan....angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak lagi, tumis bhn cincang hingga naik bau dan kekuningan ....jgnla sampai hangit.
4. Masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau.... rasakan garam kalau tak letak pun tak apa coz sos tiram dah masin.
5. Selepas itu...masukkan tepung jagung yg dibancuh tadi dan serbuk lada hitam.
6. Masaklah seketika...kemudian masukkan fish fillet yg digoreng bersama tepung tadi.
7. Bolehlah diangkat.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers