22 Apr 2010

Nasi Ayam

Bahan
1 ekor ayam (potong 2)
4 cup beras 
5 ulas bawang putih[ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 s/b kicap cair
2 helai daun pandan[disimpulkan]

Sayuran
Daun salad
timun
tomato
daun sup & daun bawang[racik]
bawang goreng
garam secukupnya

Sos Cili
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 s/b cuka atau jus limau nipis
gula & garam secukupnya

Cara membuat
1. Rebuskan ayam dalam periuk besar supaya tenggelam dengan
halia, b/putih, k/k/manis, b/lawang, b/cengkih dan b/pelaga.
2. Bila sudah mendidih angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit. [Boleh juga gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga masak]
4. Ambil 5 cup air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam dan biarkan mendideh. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.
6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.
7. Sayur dipotong kecil.
8. Ayam dipotong kecil.
9. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers