28 Apr 2010

Apam Balik

Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder

Filling:
1 tin jagung krim 
1 cawan kacang tumbuk
1 cawan gula
sedikit mentega

Cara-cara
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.  Pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. perap 1 hr.
3. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
4. Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu kalau pan tak ada penutup).
5. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega
6. Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua. sapu sedikit mentega.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers